Wednesday, 15 June 2011

Kisah Bersama Insan-Insan Peribumi


4.30 pagi, Handphone aku berbunyi sakan bagai nak rak, dalam hati aku menyumpah-nyumpah kat housemate aku sebab sengaja kuatkan bunyi handphone aku semasa aku tidur. Ni mesti nk kenakan aku macam yang lepas-lepas, tak reti ke aku penat. "YA!!! AMENDE????!!!" dengan garangnya aku bertanya. " errr Wan, ni saya nk mintak tolong skit ble?". Ehhh alamak Bos aku la call, suara yang macam singa tadi aku tukar jadi ayam plak. "ye boss, baik boss, takdehal bos, emm ok je bos mana ada penat" *end

8.30 pagi, Aku, officemate, driver dan kenderaan pejabat memulakan perjalanan ke kawasan pendalaman, officemate a.K.a  kawan a.K.a housemate aku memandang aku dengan perasaan tak puas hati. "wei Wan apsal ko nak kena libatkan aku pulak?" aku ketawa je puas-puas, "padan muka. Suka sangat nak ganggu tidur aku ko rasa la kuasa veto yang boss bagi kat aku". Untuk pengetahuan semua aku diarahkan melakukan lawatan dan mengumpul maklumat berkenaan cara hidup dan SosioEkonomi penduduk peribumi dalam Hutan. Sepatutnya dia yang buat tapi macam biasa la, boss kan suka tolak kerja dan aku ni jenis sanggup je.

11.40 pagi, Sampai ke destinasi. Aku dan kawan aku terus melakukan rutin yang sepatutnya. Tiada perkara yang menarik tentang kerja aku untuk aku ceritakan *end

2.00 petang, aku masih bekerja walaupun perut aku masih berbunyi, kawan aku dah bising panggil aku, dia cakap Penghulu jemput makan sekali. Gembira benar mamat ni bila sebut pasal makan, tak apa la aku menolak. Kawan aku terus pergi sambil membebel, tak sampai seminit dia datang balik dengan muka yang cuak sambil berkata " Babi tol!! diorang panggang babi la weii!! Nasib baik aku tak makan". Aku ketawa je kuat-kuat sambil bagitau yang aku dah nampak awal-awal lagi. "Apsal ko tak cakap awal-awal?? Siap bersila dah, nasib baik aku tak sempat makan ko tau tak!!". Aku ketawa lagi " Aku ingat ko makan hahahaha" memang aku ketawa kuat-kuat, puas betul hati aku dapat kenakan member aku yang sorang ni.

"Takde bende lain nak makan ke diorang ni? tak maju betul la, fikiran mundur macam cipan" membebel sakan kawan aku. Tiba-tiba..."Hello Sir, i'm sorry bout your problem but at here we dont have Mc'D, KFC and Pizzahut. So it's like a dream to have a good food here and more important thing is, we're not muslim people so we can eat those without thinking bout HARAM & HALAL" perghhhh siap ada slang USA tuh, aku berpaling dan nampak la mamat Asli yang hanya pakai seluar bola dan tak pakai baju tersengih-sengih. Kawan aku siap peluk pokok, terkejut bila disapa macam tu. Aku pun menyapa dan memulakan sembang aku sampai la ke petang, kawan aku hanya mendiamkan diri sepanjang aku dan mamat Asli tu bersembang.

Rupa-rupanya, mamat Asli tuh ada Bachelor's Degree of Science, University Of Oregon. Bekerja di U.S dan sedang bercuti. Sungguh aku gembira bertemu insan peribumi yang mempunyai sifat rendah diri tetapi mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat tinggi. Kawan aku hanya meminggirkan diri kerana terlalu malu. Selepas itu aku meminta diri untuk pulang ke pejabat, Banyak report yang harus aku selesaikan.

4.30 petang, Kami bertolak pulang. Sepanjang perjalanan aku dan driver ketawakan kawan aku tu, sambil-sambil tu, driver aku bersyarah pasal agama dan bagi tarbiah kat kawan aku, sebab memandang hina Kaum Peribumi. Dalam-dalam ketawa, hati aku tersentuh dengan hakikat yang bahawasanya Kaum Peribumi masih terpinggir daripada segala kemudahan dan kemewahan pembangunan di Malaysia ni. Sekalipun begitu mereka tidak pernah meminta-minta sedangkan mereka mempunyai hak dan kedudukan yang sama rata dengan kaum Melayu di negara ni. Seharusnya perkara ini diambil iktibar oleh semua pihak dan kepada semua yang berada diluar sana supaya tidak prejudis terhadap insan-insan yang bergelar KAUM PERIBUMI.

Tuesday, 14 June 2011

Gara-Gara Bola

Bola... sepatah je dah cukup untuk menggambarkan segalanya. Mungkin bagi yang tak minat bola akan merasakan tersangat-sangat buang masa dan tenaga, tetapi bagi yang minat terutamanya aku memang tersangat-sangat menantikan pasukan yang aku sokong dapat ke final dan yang paling penting menjuarai Piala F.A. sekalung tahniah buat Pasukan Terengganu dan penyokong setia, dan kepada pasukan Kelantan dan penyokong diharap jangan terlalu kecewa. Dah memang adat bertanding pasti ada yang kalah dah yang menang.
Semalam dan hari ini, aku kembali membisu seribu bahasa selepas kemeriahan pesta bola di final. Ini semua gara-gara bola, aku kehilangan suara yang selama ini sangat merdu digegendang telinga aku sendiri. Bila kawan se-pejabat bercakap pasal bola, rakan yang menyokong Pasukan Kelantan pasti akan menjauhkan diri dan aku hanya mampu tersenyum, dalam hati bukan main lagi nak mengutuk rakan-rakan se-pejabat tetapi aku hanya mampu diam dan tersenyum sahaja. Apapun keputusan, baik diatas kertas ataupun dipadang, anggaplah semuanya sekadar hiburan sahaja dan diharap kepada semua haruslah menerima dengan positif
~Wasallam~

Monday, 6 June 2011

Argggggggggghh!!!!!! Tidakkkkkkk!!!!

Aku lewat lagi.. Haishhh mati aku kali ni.. terlepas meeting, terlepas pembentangan kertas kerja depan Pengarah conform aku akan mati dicekik oleh bos aku. Ape nak jadi dengan aku sejak akhir-akhir ni pon tak tau.. Mati aku..Semua dah buat awal.. Basuh baju, jemur kain, gosok baju, cuci lantai, masak.. Semua awal, tidur pun awal. Tapi malangnya aku bangun lewat... Tapi takpe kot.. hehe pendek kata, malang tak berbau, malas arr nak fikir pasal bos aku tuh, aku penat n aku nk tidur..Peace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Intense Debate Comments

back to top